Friday, September 12, 2008

Probac / biotik @ Effective Microorganisms (EM)
















1 Liter RM15.00

Fendi - 0173083342 / 0196642284
Email : fendi_media@yahoo.com
YM : fendi_media


Probac / biotik @ Effective Microorganisms (EM)
‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.

Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.

EM DALAM AKUAKULTUR DAN PURIFIKASI AIR
EM digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.

Sebahagian ciri-ciri PSBs:
a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)
b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.
c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.
d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).

Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.

Ciri-ciri lain:

a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannya
b) PSBs tidak beracun/bukan toksik.
c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.
d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.

Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.

Antaranya:

Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
memperbaiki turbiditI

Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda. KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI.



web http://usahawanlintah.fotopages.com/
http://www.freewebs.com/usahawanlintah/


Induk lintah dan benih lintah

SAYA SEDIA MEMBEKALKAN INDUK LINTAH DAN BENIH PADA HARGA BERPATUTAN,TERUTAMA KAWASAN SELANGOR .
SILA HUBUNGI
FANDI 0173083342 ATAU hp:0196642284














BESAR BATANG MANCIS 0.70 SEEKOR
BESAR SETRAW RM1.40 SEEKOR
INDUK RM1.60 - 1.80 SEEKOR


Thursday, July 10, 2008

MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI

PROMOSI BAJA BIO TENOLOGI

Baja Biotech adalah campuran antara baja Kompos, bahan organik,gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes. Baja Biotech diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu ditabur di dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air bertujuan memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur,logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas Baja Biotech adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan. Biarpun Baja Biotech banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora air.Dengan aplikasinya yang mudah, Baja Biotech amat sesuai dan praktikal sebagai membantu menguruskan air anda.

1kg RM15.00


MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI

Pengenalan Biologi Lintah
Apa yang kami perhatikan lintah adalah sejenis haiwan pemakan darah dan hidup didalam paya atau tempat yang mempunyai air seperti sungai atau paya. Lintah pada asasnya tidak memakan darah semata-mata. Ia hanya memakan darah bila ia perlukan tenaga dan proses mengawan. Semakan banyak ia memakan darah, semakin agresif ia untuk mengawan. Makanan biasa lintah ialah lumut dan organisma kecil yang terdapat didalam air itu sendiri.

Kaedah Pemakanan Alternatif
Untuk menjalankan projek ternakan lintah. Kos makanan lintah memainkan peranan yang amat penting. Lintah memerlukan makanan yang banyak untuk menggalakkan tumbesaran dan melalui proses pembiakan yang berterusan. Tanpa makanan yang secukupnya lintah tidak dapat membiak dengan cepat dan banyak.

Harus difahami. Lintah juga memerlukan makanan yang berkhasiat dan betul-betul menjadi kegemaran yang sepertimana dikehendaki oleh lintah itu sendiri. Tanpa makanan yang cukup dan berkhasiat ini akan melambatkan proses pembiakan lintah. Seperti yang saya katakana sebelum ini. Darah yang disedut lintah itu kan menyebabkan lintah menjadi agresif untuk mengawan. Selain keadaan habitat dan kualiti air yang sememangnya kita harus titi beratkan. Lintah biasanya bertindak agresif pada waktu malam. Kerana udara pada waktu itu akan lebih sejuk dan lembab.

Seperti yang kita tahu harga belut sekarang mencecah RM15 sekilo dan amat payah diperolehi. Risiko belut mati semasa dalam perjalanan juga akan merugikan kita. Sama juga dengan ikan keli. Ikan keli bukanlah makanan kegemaran lintah. Ini kerana darahnya yang sedikit berbanding belut. Cuba anda bayangkan? Sekilo belut yang harganya RM12 darahnya tidak sampai pun segelas air. Itu belum dikira bila lintah kita berjumlah beribu-ribu ekor. Pastinya kita memerlukan 100 kilo keatas. RM12 X 100kg = ?????. itu pun kalau belut mudah diperolehi. Pening kan!!!

Bagi mengatasi masalah ini, kajian telah dibuat oleh pihak – pihak tertentu dan akhirnya terhasilah Baja Makanan Lintah. Baja makanan ini adalah sesuai untuk tumbesaran lintah terutama anak – anak lintah. Dengan pengguanaan baja ini, dapat menggalakkan lagi pertumbuhanlumut- lumut alga, rumpai dan plankton serta mikro organisma air di dalam kolam . tumbuhan tersebut akan menjadi makanan kepada anak – anak lintah.

Baja ini dapat menjimatkan kos pemakanan lintah kerana harga nya yang berpatutan dan penggunaan yang minimum. Baja ini dijual dengan harga RM8sekilo dan boleh digunakan selama sebulan.

1kg RM8
5KG RM40

Friday, July 4, 2008

PANDUAN PENTERNAKAN LINTAH SECARA PERCUMA

TAWARAN HEBAT!!!

Kami menawarkan khidmat bimbingan dalam penternakan lintah SECARA PERCUMA!!

Bagaimana????

Kami akan memberikan PANDUAN PENTERNAKAN LINTAH SECARA PERCUMA KEPADA ANDA...

ANDA HANYA PERLU MEMBELI INDUK/ BENIH LINTAH DARI KAMI..DAN KAMI AKAN MEMBERIKAN PENERAGAN TENTANG PENTERNAKAN LINTAH SECARA PERCUMA KEPADA ANDA MALAHAN ANDA AKAN DIBEKALKAN DENGAN BUKU PANDUAN PENTERNAKAN LINTAH UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN...MENARIK???

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, anda boleh hubungi saya :-

Lokasi BUKIT NAGA, SAHA ALAM

Fendi - 0173083342 / 0196642284

Email : fendi_media@yahoo.com

YM : fendi_media


Akmil - 017-3321232 / 0126203297

Email : akmylz_mhs@yahoo.com.sg

YM : akmylz_mhs

Wednesday, June 25, 2008

BERITA LINTAH MAKANAN LINTAH BERASASKAN BIO TEKNOLOGI


BAGAN SERAI 25 Jun - Lintah yang dikenali sebagai haiwan penghisap darah kini mampu memberikan pendapatan lumayan dan mula dikomersialkan sebagai salah satu ternakan setelah terbukti mampu dijadikan sebagai salah satu rawatan alternatif.

Menyedari ternakan lintah itu mampu dimajukan, seorang ibu tunggal, Norhayati Harun, 48, dari Batu 10, Kampung Jaya, Jalan Taiping, dekat sini telah memulakan projek ternakan lintah sejak awal tahun ini.

Beliau memajukan ternakan tersebut dengan pelaburan awal sebanyak RM3,000 untuk membeli enam tong plastik dan anak lintah.

''Saya telah melakukan pelbagai kerja sebelum ini dan berminat belajar menternak lintah setelah mengikuti beberapa kursus mengenai pemeliharaan lintah daripada mereka yang berjaya di Ipoh dan Kedah.

''Saya dapati ternakan lintah ini adalah satu kerja mudah dan ia boleh dimajukan kerana masa untuk menjaga ternakan ini tidak terlalu ketat jadualnya.

''Kita boleh melakukan kerja-kerja rumah yang lain dan tidak terlalu tertumpu kepada ternakan yang memerlukan perhatian yang serius dan menjimatkan kos,'' katanya kepada Utusan Melaysia di sini semalam.

Menurut Norhayati, induk lintah akan membiak dan bertelur dalam tempoh tiga bulan bergantung kepada makanan yang diberikan.

Beliau turut berasa sangat beruntung kerana dibantu oleh seorang anaknya, Nohidayah Sharuddin, 21, pelajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang banyak mencari pelbagai maklumat berguna mengenai ternakan lintah.

''Anak saya banyak membantu bagi mendapatkan beberapa maklumat mengenai ternakan lintah melalui Internet," ujarnya.

Tambah Norhayati, beliau kini membesarkan lagi ternakan itu dengan membina tiga kolam simen bersaiz sederhana sedalam satu meter di belakang rumahnya.

''Saya memindahkan lintah dari tong plastik ke dalam kolam simen bagi memudahkan lintah bertelur di celah-celah dahan pokok keladi.

''Lintah mudah membiak di bawah pokok keladi kerana ia merupakan habitat semula jadinya," kata beliau.

Menurut Norhayati, beliau menggunakan pokok keladi kerana ia sejuk dan menjadi tempat lintah membiak kerana pokok itu juga menjadi sebahagian bahan makanan lintah.

''Seekor spesies lintah boleh menghasilkan di antara 100 hingga 150 telur bergantung kepada saiz spesiesnya," katanya.

Kata Norhayati, selain itu, beliau juga menjual produk makanan lintah yang diproses menggunakan bahan mentah tempatan.

Katanya, makanan tersebut dijual dengan harga RM75 bagi peket seberat lima kilogram.

''Saya menjual bahan makanan lintah ini kerana harganya lebih murah berbanding dengan membeli makanan belut yang harganya tinggi di pasaran.

''Produk makanan ini juga didapati berkesan kerana lintah lebih banyak membiak selepas memakan makanan yang dihasilkan itu,'' katanya.

Norhayati menjelaskan, beliau kini memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan dengan menjual induk lintah sejak memajukan ternakan tersebut.

Setakat ini, beliau mempunyai 30,000 induk yang boleh dipasarkan.

Beliau juga bercadang untuk membesarkan lagi ternakan itu dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan tempatan.

Wednesday, June 18, 2008

Induk lintah dan benih lintah

SAYA SEDIA MEMBEKALKAN INDUK LINTAH DAN BENIH PADA HARGA BERPATUTAN,TERUTAMA KAWASAN SELANGOR .
SILA HUBUNGI
FANDI 0173083342 ATAU hp:0196642284














BESAR BATANG MANCIS 0.70 SEEKOR
BESAR SETRAW RM1.40 SEEKOR
INDUK RM1.60 - 1.80 SEEKOR